Sifat fizik mineral


Pengelasan mineral berbeza-beza antara yang mudah sehingga yang amat sukar. Sesuatu mineral boleh ditentukan melalui beberapa sifat fizik, dengan sesetengah mineral dapat dikenal pasti secara penuh tanpa kekaburan. Dalam kes-kes yang lain, mineral hanya boleh dikelaskan melalui analisis belauan sinar-X; bagaimanapun, kaedah-kaedah ini amat mahal, menelan banyak masa, dan kekadangnya juga boleh merosakkan sampel.
Sifat-sifat fizik yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut:

Struktur dan tabii hablur : Sila lihat perbincangan struktur hablur di atas. Sesuatu mineral boleh menunjukkan tabii atau bentuk hablur yang baik, atau ia boleh berbentuk besar, berbutir, atau padat, dengan hablur-hablur yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Kekerasan : Kekerasan fizik sesuatu mineral biasanya diukur mengikut skala kekerasan mineral Mohs.

Kilau menunjukkan cara bagaimana permukaan sesuatu mineral bertindak balas dengan cahaya dan boleh berbeza-berbeza antara suram hingga kekaca:

Bak logam: kebolehpantulan tinggi seperti logam, misalnya galena

Sublogam: kebolehpantulannya kurang daripada kebolehpantulan logam, misalnya magnetit

Kekaca: kilau kaca pecah, misalnya kuarza

Bak mutiara: cahaya yang amat lembut yang ditunjukkan oleh sebilangan silikat lapisan, misalnya [talkum]]

Bak sutera: cahaya lembut yang ditunjukkan oleh bahan-bahan berserat, misalnya gipsum

Suram/bak tanah: ditunjukkan oleh mineral-mineral hablur yang halus, misalnya hematit jenis karang ginjal.

Warna menunjukkan wajah mineral-mineral lut cahaya dalam cahaya terpantul atau cahaya terhantar (iaitu wajahnya pada mata kasar).

Corek merujuk kepada warna serbuk yang ditinggalkan oleh sesuatu mineral selepas ia digosok pada keping corek porselin yang tak gerlis.

Belahan menghuraikan bagaimana sesuatu mineral boleh pecah dengan cara-cara yang berlainan. Untuk keratan yang nipis, belahan boleh dilihat sebagai garisan-garisan selari yang halus melintasi sesuatu mineral.

Fraktur menghuraikan bagaimana sesuatu mineral boleh pecah bertentangan dengan satah-satah belahan semula jadinya, misalnya fraktur konkoid ialah fraktur licin, dengan rabung-rabung sepusat yang serupa jenisnya dengan kaca.

Graviti tentu mengaitkan jisim mineral dengan jisim air yang sama isi padunya, iaitu ketumpatannya. Walaupun kebanyakan mineral, termasuk semua mineral yang membentuk batuan, mempunyai graviti tentu antara 2.5 - 3.5, sebilangan kecilnya jelas lebih atau kurang padat, umpamanya banyak mineral sulfida mempunyai graviti tentu yang tinggi, berbanding dengan mineral-mineral yang biasa membentuk batuan.

Sifat-sifat lain: Pendarfluor (respons terhadap cahaya ultraungu), magnetisme, keradioaktifan, kekukuhan (respons terhadap perubahan-perubahan bentuk yang diaruh secara mekanik), dan kereaktifan terhadap asid-asid cair.

0 comments:

Post a Comment

 

BATU CINCIN Design by Insight © 2009